Blogger Backgrounds

Sunday, November 27, 2011

:: Adakah Dia Jodohku? ::

Takdir begitu indah tercipta pada awal tahun baru (awal muharam)…  pertolongan yang ku hulurkan adalah atas dasar rasa tanggungjawab sesama manusia. Namun atas dasar itu jugak tercipta satu perasaan aneh yang halus mula menyelinap diruangan jiwa. Melihat redup wajahnya, tenang ku rasakan… aku tidak mengenali siapakah gerangan dirinya jauh sekali untuk menilai perwatakkannya. Terlalu awal untuk ku ungkap kan aku sudah jatuh cinta padanya...namun tidak pula aku menolak kenyatan itu. Pertemuan sesingkat itu membuatkan keinginan ku mendekatkan lagi diri pada Yang Maha Pencipta begitu mendesak kerana daripada si dia terlahir bingkisan doa yang tulus dari hati dan ku pinjam untuk di kongsi.Aku mencintai dia keranaMU...

Bingkisan Doa..

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

No comments:

Post a Comment