Blogger Backgrounds

Tuesday, December 28, 2010

TeNtaNg AkU~~

Sunyi kala ini begitu menjerut hati
Rindu pada kenangan dulu
Yang pasti bukan milik hari ini
Berjalan berlari mencari
Masih adakah insan yang tulus memahami
Atau sekadar ingin berdamping sementara
Cinta bukan semudah lafaz kata
Pastikan tulus dari hati jiwa
Saat si dia mulai merindu
Pastikah rindu itu milik mu?
Atau sekadar hadir tatkala hatinya sunyi

Dampingi lah aku kerna kau tulus cintai aku
Jangan kau pinta aku berubah mengikut citarasamu
Itu bukan aku..
Hari-hari ku berlalu keliru
Mana jalan hatiku
Mencintai atau dicintai
Yang membahagiakan hanya anganan
Yang menceriakan hanya sementara cuma
Bahagiakah aku dalam dilema?
Berjalan mencari tanpa henti
Mungkin liku-liku ku tidak mudah
Selagi aku mampu harusku cari bahagia diriku…

Thursday, November 18, 2010

HaRi RaYa AiDiL AdHa...:)

Salam semua...Salam Aidil Adha juga..:)
SemOga ade lah pengorbanan kite utk tahun nie ye..:)
Hari raya kali nie rase serOnOk giLe 
*walaupun penat jgk lar*
Siap wat oPen hOuse mcm raya aidilfitri pLak..
Siap dpt wit raye lg gitu..kelaasss..:)
Walupun tak sebanyak tyme raya lepas lar..:P
Agaknye mcm nie lar kOt sambutan raya Aidil Adha kat Kelantan kOt...

Hurmm...
Bercerita tentang menu pLak...
Menu hari raya adalah LAKSA MEE...
Wah~~ sedap tak terkira..
Menu nie tak ramai org yg taw nk makannye..
Masakan belah2 org pangkOr gitu..
Pagi tak pagi dh bertungkus lumus buat CARROT CAKE....
Then dh ciap bwu tOlong ibu wat LAKSA MEE...
Lagi mcm biase wat rendang..
Lemang pLak beLi jer..:P

Tahun nie raya biase2 jer..
Tak lik kg...sbb ibu keje...
Tu lah pengOrbanan kan...:)
Opah sebelah ayah dtg umah sehari awal..
Diz year kire oPah yg dtg umah kami lah, bukan kami yg lik kg..
hehehe.....

Pape pun sgt enjOy...
Then diz weekend pon ade prOgram..:)
Hope everything will be fine..:)

Tuesday, November 16, 2010

~diriku~

Salam buat semua..
Satu benda yg aku bLaja utk hari ni...
Mungkin ketika ini aku sendirian..
Mungkin kadang aku mengeluh..
Kerna tatkala aku bersedih tiada yg mengerti..
Kerna tatkala aku perlukan semangat tiada yg memberi...

Namun hari ini hati ku benar2 bahagia..
Bahagia kerna dpt memberi semangat kepada org lain..
Bahagia melihat sahabat gembira...
Aku yakin sesuatu...
Biarlah aku abdikan diri utk sesuatu yg bisa membahagiakan org len...
Jika aku sendiri tidak mampu bahagiakan diri sendiri..
Biarlah melihat kebahagian insan lain tu menceriakan hari2 ku...

Kadang aku kurang keyakinan diri..
Melihat sesuatu yg tidak adil pada diriku...
Kenapa tidak aku jua merasai kebahagiaan yg kalian miliki??
Dan lantas aku mengerti...
Bahawa kebahagia itu sendiri adalah milik semua...
Mungkin belum masanya utk aku...

Yakinlah aku suatu masa...
Kan ada insan yang bisa mengerti..
Kan ada insan yang membahagiakan..
Maka akan tenanglah semua jiwa....


Wednesday, October 27, 2010

S.A.H.A.B.A.T.

Tiba2 arini ase nk bercerita tentang sahabat…:)




Scha @ Syahirah Fadhilah binti Hj. Ali…

Seorg yg talkactive, comel, bile marah bek jaga2…nty die cubit..hehehe…penyimpan mOhOr besar segala rahsia aku.. :)
She is mOre than wOrd can say….
My bestfriend since primary school…time kat secondary school makin rapat… :)
Segala rintangan n dugaan teLah kitorg lalui bersama, byk kisah suka dan duka teLah kita tempuhi…
Pernah menangis kerna dengki org kita terpisah…namun Allah itu Maha Mengetahui…betapa murninya jalinan persahabatan yg kta bina.
Sehingga sekarang kita masih lagi sahabat dengan izin dariNYA…
Harapanku sampai kapan pun kita tetap sahabat dunia dan akhirat…. :)
Sayang sgt2 kat kO scha…luv u.. :)




Dede @ Nur Diyana Binti Samsudin

Seorg yg gila2 nak mamposs…geLak mcm nerakksss…hahahaha…baik hati, pandai,dll… :)
Aku mmg tak reti nk describe org :p
My bestfriend since diploma..until nOw dOing degree tOgether…
She is my cLassmate & hOusemate… :)
Walaupun baru nak masuk 4tahun kenal tp dh cukup lama utk kte sudah lalui mcm2 dugaan n rintangan..
Menangis bersama, ketawa berdua, bercerita, bergossip, berjalan2, dan macam2 lagi lah...
Harapan hubungan persahabatan ni agar terus berkekalan sehingga ke Firdausi… :)
Sayang sgt kat kO dede…luv u…:)




p/s: Kepada sahabat2 yang lain mungkin tak termasuk daLam cite nie sesungguhnya kalian jg adalah sebahagian dr kebahagiaan hidup yg teLah Allah kurniakan utk diri ini...:)



Saturday, October 23, 2010

Pergi~

Malam ini aku kembali menulis...meluahkan rasa yg kian sarat dihati..
Seorg insan yg pernah bertahta dihati ini..
Ilusinya kembali mengacau ketenangan jiwaku...
Rindu ku kembali menjengah ruangan hati....
Kenapa bayangan mu kembali hanya utk menggangu??
Tidakkah kau tahu betapa rapuhnya hati ini jika kau mulai hadir??
Persoalan yg dahulunya belum terjawap kini terungkai...
Madahmu yg angkuh tatkala melepaskan ku pergi mengguris hati...
Luka berdarah kembali...
Jiwa kembali merintih...

Kini aku yakin yg aku kuat berdiri...
Menerpis segala bayangan silam bersamamu....
Usah lagi kau tonjolkan diri dihadapanku kerna hadirmu hanya merobek hatiku...
Usah lagi kau khabarkan beritamu kerna aku tidak langsung mahu tahu kamu...
Pergilah bersama kenangan yg pernah kita coretkan bersama..
Aku tidak betah utk hidup dalam kenanganmu...

Friday, January 22, 2010

~kiSah Rumput & oRg yG diSayangi~



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
 

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar
: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu
: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu
: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu
: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu
: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.