Blogger Backgrounds

Friday, November 9, 2012

Letter of the broken heart


Dear you,
       Since the last time I met u, I know that we can just be friend or maybe a good friend. So now I know I can count on u and so u. Never come cross my mind to be back together with u as a lover. Unfortunately, why so sudden I’m start missing u, start thinking of u. Lying in bed, thinking of and remembering all those memories and then I started realize that it can never happen again. I wish I had the gut to walk away & forget about what we had. But I can fake a smile; I can pretend to be happy. Can do a lot of thing but I cant pretend that I don’t love u. This letter I dedicate to u and only u will understand what it means. Till then, I will always miss u.

Sincerely,
ME


Sunday, November 27, 2011

:: Adakah Dia Jodohku? ::

Takdir begitu indah tercipta pada awal tahun baru (awal muharam)…  pertolongan yang ku hulurkan adalah atas dasar rasa tanggungjawab sesama manusia. Namun atas dasar itu jugak tercipta satu perasaan aneh yang halus mula menyelinap diruangan jiwa. Melihat redup wajahnya, tenang ku rasakan… aku tidak mengenali siapakah gerangan dirinya jauh sekali untuk menilai perwatakkannya. Terlalu awal untuk ku ungkap kan aku sudah jatuh cinta padanya...namun tidak pula aku menolak kenyatan itu. Pertemuan sesingkat itu membuatkan keinginan ku mendekatkan lagi diri pada Yang Maha Pencipta begitu mendesak kerana daripada si dia terlahir bingkisan doa yang tulus dari hati dan ku pinjam untuk di kongsi.Aku mencintai dia keranaMU...

Bingkisan Doa..

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

Tuesday, July 26, 2011

:: NuKiLaN HaTi::

Termanggu seketika
Saat hadir dirimu
Melafazkan salam rindu
Padaku yang lama menunggu

Semusim nan lalu
Tersudut aku terbiar rindu
Padamu yang telah menjauh
Tinggallah aku merawat luka

Hadirmu kali kedua
Tiadaku pinta
Pergimu jua aku tak rela
Tiada kata pemutus rasa
Tiada maaf pengakhir segala

Apa alasanmu
Mengapa aku dibiar pilu
Apa alasanmu
Tinggalkan aku

Wednesday, June 1, 2011

::Manisnya menjadi single::



Sambil berjalan2 mencari bahan bacaan, tersentuh hati aku untuk mengupas isu ttg menjadi single nie. Maklumlah diri sendiri pun baru je mendapat tittle single nie..so dalam mencari kekuatan diri disamping menghilangkan perasaan yang masih bersisa, telah aku bertemu dengan article nie..so aku nak kongsi utk sesiapa saja yg hidup single tu jgn putus asa...so hayatilah article nie k..kenapa single tu manis..

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Buat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Saturday, May 28, 2011

::KiaN::

Kian jauh, kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Kemanakah nak dibawa
Resah kian melanda
Dimanakah hendak ku khabar
Pilu didalam dada

Bila kasih dihujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu in berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah didunia yang sementara
Penuh tipu daya
Yang kekal , disana
Biarlah kita kekal bersama
Usah hanyut terus terlena kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya sudah lama
Ku berkecil hati

Tuesday, May 24, 2011

:: KeDiNGiNaN::

Entah dimana silapnya
Kedinginan tercetus antara kita
Suatu yang sangat aneh utk dilalui
Ikatan yang penuh ceria
Kini berubah warnanya

Akukah puncanya
Keadaan kita sebegini rupa
Mana silapnya
Apa pula khilafnya

Atau engkaukah pencetusnya
Keadaan kita sebegini rupa
Mana silapnya
Dimana khilafnya

Jujur lafaz dikata
Ada rindu dalam dada
Ada cerita antara kita
Ada lafaz terluah tiada
Ada seru dalam jiwa

Kapan berakhir kedinginan
Bilamana hati tiada lagi tertahan
Kapan berakhir kedinginan
Aku rindu kamu teman

Monday, May 16, 2011

::aktiviti bosan ku::

Aktiviti bosan aku kat umah...
Actually adik kecik aku mintak tolong buatkan die kad untuk hari guru. So aku buat le semampu aku...hihihi... plus aku mmg bosan lar kan dok umah tataw nk watpe... Nak tunggu dapat keje kosong tah bile lar kan..hihi
So inilah hasil keje aku dengan adik kecik aku nie hah..layankan jer...


Lihatlah bersepah abis katil aku...:)

Bahan2 yang diperlukan

Ni bahagian dalamnye.

Ni bahagian belakang..yang ni idea adik...

Taraaaa....nilah hasilnye...Ni muke depan.
Cantik x hasil keje aku n hasil tangan budak kecik yg kacau2 tuh..hehe:))