Blogger Backgrounds

Friday, February 18, 2011

Hikayat DIRANTAI DIGELANGI RINDU

Hikayat DIRANTAI DIGELANGI RINDU
(Izinkan aku abadikan kisah kita didalam HIKAYAT CINTA yg telah berakhir…)

Awal perkenalan yang sangat melucukan
Dimulakan dengan sesi pujuk memujuk
Walaupun tidak saling mengenali
Tah dari mana timbulnya NIAT utk memujuk
Si gadis yg sedang beremosi…
Seterusnya dipanjangkan cerita
Merapatkan satu persahabatan menjadi lebih dari itu
Ikatan yang lebih kepada PERMINTAAN HATI yang sunyi dan bOsan
Melakar seribu satu kenangan pahit dan indah
Disulami duka dan suka
Kecewa dengan kerenah masing2 membawa kepada PERPISAHAN…
Namun hati yg dirayu kembali bersatu
Dan terciptalah KENANGAN TERINDAH…
Disulami rajuk dan pujuk semanis CADBURY…

Walau dirimu IKHLAS TAPI JAUH…
Menjadikanku KEKASIH YANG TAK DIANGGAP…
Dan ku ingin kau tahu HATI KU KAU GORES LUKA…
Aku yang DIBIUS CINTA terus mengenang dirimu
KESILAPANKU,KEEGOANMU…
Ku TIDAK BOLEH LUPA keindahan MISTIKUS CINTA…
Dan terus MENANTI PASTI…
Biarpun LANGIT TAK MENDENGAR…
Kerna YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA…

ADA APA DENGANMU yang membuatkan ku JATUH CINTA LAGI…
Sehingga akhirnya ku KETAHUAN kau curang dalam CINTA…
Ku akur AKU BUKAN PILIHAN HATIMU…
Sesungguhnya DEMI WAKTU biarku simpan CINTA DALAM HATI…
AKHIR RASA INI izinku abadikan KISAH TAK SEMPURNA antara kita…

Tuesday, February 8, 2011

~~SaMa TaPi TaK sErUpA~~

Sama tapi tak serupa
Ku sayang tapi ku tak cinta
Ku rindu tapi ku menjauh
Ku mahu tapi ku tak ingin
Episod cinta kita telah berlalu
Yang tinggal hanya kenangan

Bila harus berpisah dengan insan yang dicintai
Lazimnya tangisan pasti menjadi teman setia
Merintih merayu agar dirinya kembali ke sisi
Bertanya kenapa cinta kita tidak kekal selamanya
Acapkali, hati berharap cinta berbunga lagi

Tanpa disedari disaat hati merintih pedih
Hari-hari duka mampu diteruskan jua
Andai takdir satukan semula ikatan cinta
Adakah masih ada rasa bahagia?
Adakah dia masih setia mencinta selamanya?
Adakah peluang kedua lebih membahagiakan?
Atau mungkin tercipta duka tanpa penghujung?
Biar aku terus merindu dari kembali kepadamu…

lagu kamu~~

nie lagu sOfea jane dr bLack tp aku nk tukar tajuk die jadi ~KAMU~

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Sunday, February 6, 2011

PeNdEkAt JoDoH....

HAPUSKANLAH.......

ku rindu kamu!!!

Sudah ku mengerti
Kamu BUKAN lagi milikku
Namun mengapa hati ini masih DEGIL
Terus MERINDUI kamu
Hari-hariku berlalu
Bayangmu MASIH disitu
KENANGAN bersamamu terus terlayar diminda

Melihat kamu dari JAUH buat aku bertambah RINDU 
Ku mahu terus BUANG kisah kamu dalam hidupku
Namun masih aku tidak mampu
Datang mu hanya SEKETIKA
Pergi kamu memberi kesan yang LAMA

Mimpi malam siang ku hanya ada KAMU
Izinkan aku terus memeluk BAYANGAN kamu
Hanya itu yang ku MAMPU
Aku RINDU kamu!!!

Tuesday, December 28, 2010

TeNtaNg AkU~~

Sunyi kala ini begitu menjerut hati
Rindu pada kenangan dulu
Yang pasti bukan milik hari ini
Berjalan berlari mencari
Masih adakah insan yang tulus memahami
Atau sekadar ingin berdamping sementara
Cinta bukan semudah lafaz kata
Pastikan tulus dari hati jiwa
Saat si dia mulai merindu
Pastikah rindu itu milik mu?
Atau sekadar hadir tatkala hatinya sunyi

Dampingi lah aku kerna kau tulus cintai aku
Jangan kau pinta aku berubah mengikut citarasamu
Itu bukan aku..
Hari-hari ku berlalu keliru
Mana jalan hatiku
Mencintai atau dicintai
Yang membahagiakan hanya anganan
Yang menceriakan hanya sementara cuma
Bahagiakah aku dalam dilema?
Berjalan mencari tanpa henti
Mungkin liku-liku ku tidak mudah
Selagi aku mampu harusku cari bahagia diriku…