Sama tapi tak serupa
Ku sayang tapi ku tak cinta
Ku rindu tapi ku menjauh
Ku mahu tapi ku tak ingin
Episod cinta kita telah berlalu
Yang tinggal hanya kenangan
Bila harus berpisah dengan insan yang dicintai
Lazimnya tangisan pasti menjadi teman setia
Merintih merayu agar dirinya kembali ke sisi
Bertanya kenapa cinta kita tidak kekal selamanya
Acapkali, hati berharap cinta berbunga lagi
Tanpa disedari disaat hati merintih pedih
Hari-hari duka mampu diteruskan jua
Andai takdir satukan semula ikatan cinta
Adakah masih ada rasa bahagia?
Adakah dia masih setia mencinta selamanya?
Adakah peluang kedua lebih membahagiakan?
Atau mungkin tercipta duka tanpa penghujung?
Biar aku terus merindu dari kembali kepadamu…
No comments:
Post a Comment